
Limpahan ilmu pengetahuan yang dicapainya hingga menjadi lampiran ummah pada sebahagian besar usianya....Ingat,bukan sekadar dengan suluhan ilmu akli dan nakli sahaja yang dapat kita bekalkan buat akhirat kelak,bahkan hati kecil atau fitrah semulajadi itu sendiri akan menolak sekeras-kerasnya.Inilah sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran buat renungan insan sepanjang zaman.Apakah akan terhapus suatu dosa itu dengan hanya segera menempah tiket kapal terbang untuk ke Mekkah dan kemudian merayu dihadapannya dengan titisan air mata agar terhapus segala dosa-dosa lampau...
Hati kita tetap akan terpahat sedalamnya kerana perbuatan kita terhadap sesorang yang pernah kita sayangi dan hati juga akan terasa tersalai setiap kali mengenangkan dosa-dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan....Namun kerana iman itu tersangat lemah dan merosot sahamnya,maka ia tidak berdaya untuk mendepani runtuhan nafsu dan ia akan memusnahkan kita serta ia akan melenyapkan terus saki baki iman yang ada dijiwa...
Bersyukurlah apabila rangsangan kita untuk bertaubat masih ada didalam sanubari disetiap insan itu sendiri dan siapakah individu yang terlalu hebat sifatnya kedermawananya didunia ini sehingga terdorong untuk memberi kepada kita sebuah istana bertaraf MAHLIGAI........