Tuesday, November 23, 2010

Keunikan cinta aku.

Setelah sekian lama aku menyendiri dan melarikan diri untuk menjalinkan sesuatu hubungan yang melibatankan hati dan perasaan aku…..ini kerana bukan mudah untuk aku melafaskan kata cinta pada seseorang, Ini kerana aku pernah dilukakan oleh seorang insan dimana aku sanggat mencintainya dengan sepenuh hati aku namun kesetian aku dipermainkan dengan bergitu sahaja…..Bukan aku tidak melakukan yang terbaik tapi aku sentiasa melakukan yang terbaik dalam hubunga antara aku dan dia namun hubunga yang kami bina selama bertahun akhirnya hubungan kami berakhir dipersimpangan dimana aku telah menjangkakan ia akan terjadi juga akhirnya…..Baginya diri aku umpama mainan dimana bibir mengatakan aku cinta dan aku rindu akan kamu tapi akhirnya bibir kamu juga yang berkata hubunga kita tidak akan ada kesudahannya….Sudahnya aku membawa hati dan membekukan perasaan aku terhadap LELAKI namun setelah lama aku memendamkan diri aku untuk bercinta kini aku membuka kembali hati dan lembutkan kembali hati aku untuk menerima cinta dari insan yang betul-betul ingin mengenali dan menerima aku seadanya……Bertahun aku memendam perasaan dan menolak cinta kini aku kembali untuk memburu cinta sejati dan memburu insan yang punyai persamaan dengan aku…..ini kerana aku bukan seorang insan yang sukakan keganasan malah aku adalah insan yang amat memerlukan kasih saying dari seorang teman hidup….Lama sudah aku memendam dan menangis kini aku mula untuk menegnali seorang insan walau pun usia kami jauh berbeza namun aku pasti aku mampu untuk mengharungi semuanya dengan tabah….Keunikan hubungan kami adalah pada usia dan kami jugak punyai banyak keserasian yang agak ketara dimana kedua-dua kami seakan-akan memperolehi satu kehidupan yang pernah kami laluinya lama dulu….Bagi aku hubungan ini mungkin akan memantangkan aku untuk terus hidup dan terus mempertahankan hubungan yang baru aku bina ini……Buat masa sekarang hubungan antara aku adalah sesuatu yang terindah dan tak mungkin akan ada insan lain yang akan bertahta dihati aku…..Dia adalah segalanya setelah sekian lama aku mencari dan kini aku memperolehi cinta yang aku inginkan.
Aku tahu dia mungkin muda bagi diri aku tapi aku juga tahu bahawasanya dia mampu untuk menundukkan diri aku untuk memperolehi kebahagian dan keamanan sebelum aku menutup mata aku nanti…..Dan kini aku umpama insan yang cukup sempurna kerana tuhan telah pertemukan aku dengan kamu.
Walau pun kadang kala perwatakan kau tidak bergitu matang tapi aku tahu kau dapat membahagiakan aku dengan penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab…..Kini kaulah segalanya buat diri aku dan aku akan pertahankan hubungan kita walau pun aku dan kau tahu bahawasanya kita berdua masih lagi mencuba untuk melakukan yang terbaik. Aku sudah puas menangis dan kini aku kembali untuk mencari kebahagian dan mencari erti kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dalam percintaan……TERIMA KASIH CINTA KERANA CINTA KINI AKU TELAH SEDAR AKAN SIAPA AKU SEBENARNYA…DAN TERIMA KASIH PADA DIKAU KERANA DIKAU SUDI UNTUK MENGISI KEKOSONGAN DALAM HATI DAN KEHIDUPAN AKU…
Cinta aku hanya buat kamu dan aku akan menanti masa untuk terus kekal dihati mu…….sentiasa mencintai dirimu sayangku….