Apakah perasaan mampu untuk menakluki minda dan pemikiran aku sebagai insan biasa......
Tuesday, September 8, 2009
Andai.........
Setiap daripada kita ingin bercinta tapi dalam pada masa yang sama cinta juga membunuh kita,sama ada anda percaya atau tidak setiap daripada kita mempunyai pendirian masing-masing tapi adakalanya pemikiran kita bertindak melampaui batas,ada yang sanggup berbunuhan antara satu sama lain hanya kerana ingin memiliki sebuah cinta....Ada diantara kita mempunyai sifat cemburu dan itu sudah semestinya tidak kira sama ada wanita atau mahu pun lelaki.
Bagi diriku cemburu itu adalah satu lumrah dalam kehidupan,apa yang pasti bagi diriku adalah kejujuran dan adakalanya kita terluka hanya kerana sifat sesetengah insan yang bergitu mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan perasaan insan yang digelar sebagai kekasih hati....
Tidak salah perkataan sayang diucapkan sama ada untuk pasangan kekasih mahu pun insan biasa yang bernama sahabat ini kerana sayangnya kita pada seseorang insan itu tiada batasannya tapi adakalanya ia disalah ertikan dan disebabkan oleh itulah adanya pencerian,perpisahan dan poligami,apa kurangnya pada diri anda sekalian dan kenapa perasaan marah itu sentiasa menguasai diri kita dan kenapa tidak kasih sayang yang menjadi keutamaan dalam kehidupan..Apa perlu kita menanam satu perasaan yang tidak menyenangkan pasangan kita sendiri,apa perlu kita membenci antara satu sama lain..jodoh pertemuan sudah ditentukan apasalah kita berusaha untuk mencapai kebahagian tersebut dengan bantuan dari Allah S.W.T.Semoga anda sekalian akan mendapat cinta yang sejati...Ikhlas dari kata hati seorang insan.