Sunday, February 24, 2013

kelukaan daku......

Teramat sakit bila diri ini teringat akan masa lampau...... Percintaanku tidak pernah merasa kebahagiannya...malah diri ini sentiasa merasa kecewa dengan setiap tingkah laku yang dikau lakukan betapa terlukanya diri ini bila kau cuba tuk menyatakan bahawa diri ini bukan lagi insan yang akan menemani dirimu suatu hari nanti......... berdarahnya lukaku sehinggakan diri ini tidak lagi dapat menahan kesakitan yang terasa....Namun daku pasrah dengan segala yang menimpa dan daku terima ia dengan hati yang terbuka....kau umpama pisau yang telah menusuk ke dadaku dan dikau juga umpama pemusnah dialam kehidupanku....seandainya dikau bahagia pasti dikau akan terluka suatu hari nanti..............bukan diriku meminta tapi itulah balasa keatas segala apa yang telah dikau lakukan pada diri ini dan kelukaan ini biarlah ku ubati sendiri.. dari jauh ku menyatakan abadikanlah insan itu seadanya dan janganlah dikau melukainya sepertimana dikau melukai daku...

Ku berterima kasih pada mu duhai sayang.

Sayang daku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada diri mu kerana telah melengkapkan kehidupan aku sebagai seorang wanita dipandangan mata mu. Bukan kerana paras rupa atau sebaliknya dikau menerima diri ku dengan seikhlas hati mu, walaupun kita banyak perbezaan tapi bagi diri ini ia cukup memadai kerana dikau telah penuhinya dengan kasih sayang yang selama ini telah hilang dari kehidupan aku dan juga perasaan ini.....bagaikan kosong tiada apa2 yang dapat aku ungkapkan.............kehihupan aku kini sempurna secukupnya terima kasih sayang............

Friday, July 6, 2012

Sayang...seandainya ku tidak dapat untuk meneruskan kisah cinta antara kita itu adalah salah satu kelemahan diri ini....Ku hanya mampu untuk meminta kemaafan pada diri mu dan ternyata ku tidak mampu untuk meneruskan apa yang pernah kita nyatakan dulu.... Ku sentiasa mendoakan agar dikau akan dipertemukan dengan insan yang lebih baik dan lebih memahami akan keperibadian mu.....Cinta ku pada mu adalah segalanya akan tetapi daku hanya sebagai insan biasa yang tak mampu untuk menahan diri ini untuk terus jatuh cinta dan keinginan ku untuk mengapai bahagia.....Bukan daku memilih untuk hidup penuh dengan kemewahan tapi percayalah sayang kenangan diantara kita tetap akan bersemadi ini kerana dia jauh berbeza dengan cara kehidupan kita berdua....Dia seorang yang sederhana dalam setiap kata dan perbuatan.......walau pun itu bukan kehendak ku untuk meneruskan hidup tapi aku percaya bahawasanya dia dapat menyempurnakan hidup ini tanpa sebarang kesulitan yang bakal ku lalu suatu masa nanti.....Bukan kerana ketidak serasian antara kita daku membuat keputusan ini tapi percayalah sayang bahawasanya ada kebaikan untuk semua keputusan yang bakal aku nyatakan pada hubungan kita....Sayang,ku pinta kebaikan dari mu dan ku tidak pernah inginkan ketidakpuasaan hati mu sebelum kita berjauhan... Daku ingin bawa segalan milik kita sebagai satu kenangan yang amat berharga.....

Friday, April 27, 2012

Apakah aku masih punya harapan?

Kenapa aku semakin hari semakin dingin dengan putra aku...? Apakah hubungan jarak jauh yang aku pilih ini mula mebebankan aku dan jiwa aku..Aku tak pasti kenapa dan mengapa,kerana aku sepatutnya memberi semangat untuk menguatkan lagi perhubungan antara kami namum aku pula yang mula menyatakan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan. Hubungan kami pernah goyah disebabkan kehadiran seorang perempuan yang aku tidak kenal namun semua itu sudah tiada dan kini....apa yang menghantui aku adalah kesetiasaan dia dan masa buat aku seolah-olah tiada.Saban hari ada saja yang tidak kena dalam hati aku,entah kenapa perangai aku kini bagaikan membawa padah pada hubungan kami sendiri. seperti malam-malam yang lain dia tetap akan hantar pesanan ringkas (sms) namun pada malam ni satu pun tiada,apa dia betul-betul ikut apa kehendak hati aku...atau dia hanya membiarkan aku buat seketika kerana amarah ku padanya.Aku mula buntu dengan perbuatan aku sendiri,tapi adakah dia betul-betul ikut apa yang akunyatakan! Huh sememangnya aku tidak sanggup untuk berpisah mahu pun berjauhan darinya namun kenapa harus aku nyatakan padanya sedemikian rupa.Aku teramat merinduinya namun kenapa dia masih tidak paham dengan perasaan aku...dan kenapa harus aku memahami dia setiap saat!Aku bagaikan putus harapan untuk meneruskan perhubungan jarak jauh ini,walaupun aku tahu ia akan menyiksa aku dan batin ku....huh kenapalah aku setuju untuk berjauhan dengan dia.?Sedangkan kami tidak pernah berjauhan walaupun sekali...kenapa sekarang! kenapa ! Pada awalnya aku hilang arah namun aku mencuba untuk mendiamkan diri dari terus mendesaknya,tapi apakah aku akan melupakan dia....apakah aku sanggup meninggalkan dia insan yang aku sayang? Aku tahu dia pun amat mencintai aku dan amat menyayangi aku tapi kenapa semua ini harus terjadi.!huh.......Aku seharusnya sedar dan percaya pada cinta jarak jauh ini sendiri. Apa yang harus aku lakukan.......Apakah masih punya harapan untuk aku meneruskan semua ini....?

Monday, April 23, 2012

Segalanya

Kenapa perasaan ini terus dijadikan satu bahan untuk melemahkan kita? Kanapa perasaan ini yang harus aku hadapi....Sekian lama kita tidak pernah berjauhan namun kini dikau dan aku membuat satu keputusan yang amat perit....Entah kenapa pada mulanya itu bukan satu perangcangan namun setelah dibingcankan itu yang jadi kenyataan. wlapau pun perhubungan kita hanya mencecah usia setahun 5bulan namun semua itu bagaikan satu anugerah yang tidak dapat aku lupakan....Susah senang dikau sentiasa disisi,setiap saat semuanya senyuman,namun kini semuanya igauan....aku masih memikirkan tentang kenyataan yang aku pernah nyatakan,aku akan cuba untuk tidak akan mengikuti kehendak hati dan perasaan....namun setelah kita berjauhan perasaan aku,hati aku semuanya berubah dalam sekelip mata.....Ternyata aku tidak mampu untuk menipu akan kehendak diri...,aku terlalu merindui mu,senyuman mu,pelukkan mu,gurauan mu dan semua kenangan diantara kita berdua. Terlalu sukar buat diri ini bila berjauhan,namun aku tetap kuatkan semangat dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan semuanya....,Tapi ternyata aku tidak mampu. Aku mengalah dengan apa yang aku lalui....aku kalah pada hati dan perasaan aku sendiri....Aku sentiasa menenangkan ia agar tidak terlalu marah dan tidak terlalu mengikuti namun aku masih tidak mampu untuk berbuat demikian....Aku bagaikan dilambung ombak ku sendiri....dan kemarahan ku membara bagaikan gunug berapi yang memuntahkan laharnya....kenapa harus ada perasaan sebegini rupa dalam kehidupan aku....? Aku merindui semua kenangan yang pernah aku lalui namun sikap amarah dan cemburu sentiasa dihati.......Apa mungkin aku tidak dapat menerima keadaan yang aku sendiri inginkan...? Aku bagaikan kehilangan segalanya dan aku juga hampir kehilangan dia dalam hidup aku. Seandainya aku mampu untuk menahan diri aku dari terus sebergini rupa apakah aku mampu pertahankan hubungan antara kami !.....Setiap persoalaan pasti akan ada jawapannya namun bagi ku semua itu terlalu sukar untuk aku perjelaskan dengan mendalam pada hati ini. Adakalanya aku bagaikan ditusuk dengan pedang ku sendiri,aku rebah dalam dunia yang aku bina......,Apa bila hati tidak tenang aku bagaikan insan yang kehilangan arah tujuaan perasaan cemburu ku memberontak untuk terus menjauhkan diri darinya....namun aku tak mampu untuk terus lari dari senyuman dan kata-katanya. Apa yang menguatkan aku adalah Cinta,Kasih dan Sayang.....Segalanya aku simpan jadikan satu senjata untuk terus cekal dan tabah untuk terus mencintai orang yang aku kasihi...Wlaupun ada kalanya cemburu aku melebihi batasan dia tetap sentiasa mengingatkan aku bahawasanya akulah segalanya didalam dunia dan juga hatinya.Ini kerana dia telah menyerahkan segalanya untuk diri aku terus mempercayai tentang adanya cinta jarak jauh....Dan aku percaya suatu hari nanti segalanya pasti akan ada jawapan yang aku inginkan.....!