Apakah perasaan mampu untuk menakluki minda dan pemikiran aku sebagai insan biasa......
Thursday, September 10, 2009
Di Ufuk Fajar Syawal
Sayup bening dikaki langit fajar syawal muncul kembali tanda Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkan kita,wahai Tuhun ini adalah hari kemenangan dalan sebuah perperangan antara nafsu yang tidak pernah tersinar..Ayuh duhai taulan marilah kita raikan saat kejayaan dalam pintalan Ukhuwah yang erat bagi menghulurkan tangan tanda memohon maaf tanda kita bersaudara dan seagama yang tidak pernah ada perbezaannya dan hanya amalan taqwa yang menjadi pemisahnya.....Dengarlah seruan kepulangan siperantau kerana Ayah dan Bonda amat merindui kepulangan dirimu yang jauh diperantauan dan tidak pernah walau sekali dilupakan sengketa antara saudara,ini kerana timbul harga kerinduan sepasang mata tua yang tidak mengenal erti jemu menanti mu di kejauhan dan Usah dibiarkan meraka melakar duka bersama titisan air mata ! Tamatkanlah purnama syawal mu kali ini dalam seribu erti ini kerana yang jauh sudah mula kembali dan yang dekat sudah terasa mesranya...sesungguhnya syawal punyai agenda yang paling Istimewa untuk disemat sebagai satu kenangan kita bersama dan jadikan lah ia sebagai sebuah mimpi tika bersama dengan sidia.Kenanglah saat bersama kerana belum pasti syawal dapat menjengahkan diri pada musim seterusnya.....WAHAI TUHAN RABUL IZZATI kau makbulkan munajat ku agar syawal ini adalah detik mulanya perhubungan antara dua insan dan bahawa esok adalah cahaya untuk aku kembali pulang ke pangkuan mu wahai sayang.Dari jauh ku pohon kemaafan dan dari jauh daku berdoa agar hubungan kita akan berkekalan sepanjang zaman.........AMIN