Thursday, September 10, 2009

Di Ufuk Fajar Syawal


Sayup bening dikaki langit fajar syawal muncul kembali tanda Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkan kita,wahai Tuhun ini adalah hari kemenangan dalan sebuah perperangan antara nafsu yang tidak pernah tersinar..Ayuh duhai taulan marilah kita raikan saat kejayaan dalam pintalan Ukhuwah yang erat bagi menghulurkan tangan tanda memohon maaf tanda kita bersaudara dan seagama yang tidak pernah ada perbezaannya dan hanya amalan taqwa yang menjadi pemisahnya.....Dengarlah seruan kepulangan siperantau kerana Ayah dan Bonda amat merindui kepulangan dirimu yang jauh diperantauan dan tidak pernah walau sekali dilupakan sengketa antara saudara,ini kerana timbul harga kerinduan sepasang mata tua yang tidak mengenal erti jemu menanti mu di kejauhan dan Usah dibiarkan meraka melakar duka bersama titisan air mata ! Tamatkanlah purnama syawal mu kali ini dalam seribu erti ini kerana yang jauh sudah mula kembali dan yang dekat sudah terasa mesranya...sesungguhnya syawal punyai agenda yang paling Istimewa untuk disemat sebagai satu kenangan kita bersama dan jadikan lah ia sebagai sebuah mimpi tika bersama dengan sidia.Kenanglah saat bersama kerana belum pasti syawal dapat menjengahkan diri pada musim seterusnya.....WAHAI TUHAN RABUL IZZATI kau makbulkan munajat ku agar syawal ini adalah detik mulanya perhubungan antara dua insan dan bahawa esok adalah cahaya untuk aku kembali pulang ke pangkuan mu wahai sayang.Dari jauh ku pohon kemaafan dan dari jauh daku berdoa agar hubungan kita akan berkekalan sepanjang zaman.........AMIN

Kesedaran



Limpahan ilmu pengetahuan yang dicapainya hingga menjadi lampiran ummah pada sebahagian besar usianya....Ingat,bukan sekadar dengan suluhan ilmu akli dan nakli sahaja yang dapat kita bekalkan buat akhirat kelak,bahkan hati kecil atau fitrah semulajadi itu sendiri akan menolak sekeras-kerasnya.Inilah sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran buat renungan insan sepanjang zaman.Apakah akan terhapus suatu dosa itu dengan hanya segera menempah tiket kapal terbang untuk ke Mekkah dan kemudian merayu dihadapannya dengan titisan air mata agar terhapus segala dosa-dosa lampau...
Hati kita tetap akan terpahat sedalamnya kerana perbuatan kita terhadap sesorang yang pernah kita sayangi dan hati juga akan terasa tersalai setiap kali mengenangkan dosa-dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan....Namun kerana iman itu tersangat lemah dan merosot sahamnya,maka ia tidak berdaya untuk mendepani runtuhan nafsu dan ia akan memusnahkan kita serta ia akan melenyapkan terus saki baki iman yang ada dijiwa...
Bersyukurlah apabila rangsangan kita untuk bertaubat masih ada didalam sanubari disetiap insan itu sendiri dan siapakah individu yang terlalu hebat sifatnya kedermawananya didunia ini sehingga terdorong untuk memberi kepada kita sebuah istana bertaraf MAHLIGAI........

Wednesday, September 9, 2009

Cinta disyurga



Berdirinya aku di taman zulumat menghirup titisan doa dimalam rahmat bersama-sama renai kasih yang menghayun ingin aku melakarkan cinta disyurga,sesungguhnye cinta yang ku galas dahulunya hanyalah cinta semusim wangiannye dan harumannya pula tidak lagi akan sampai ke penghujung cinta ini,Indah mekarnya hanya dikuntuman....sedangkan taman ku terlalu indah untuk dipandang akan tetapi diri ini terasa kekurangannya sedangkan penghuni syurga pula dikurniakan rahmat yang datang berbekalkan amalan tanpa sepahit noda,setelah sekian lama mengatur jejak dan langkah makin kuat aku mentafsir liku hidup diri ini dari terlepas bebas dan leka tanpa batasan bagai menabur benih sang hilalang.......Bendang terbendang hampar padinya dimusnahi oleh musuh dan aku yang tak terdaya ini pula sering kali tertumpas oleh kata cinta yang tiada kejujurannya betapa hampanya diri ini sehingga tidak mampu untuk ku mengungkapkannya dengan kata-kata atau perbuatan ku.......dan biarlah hijerah ku dengan hati putih kembali berpaut pada akal budi perasaan dan biarkanlah ia bersujud di bawah naungan langit kesedaran.....Dan dengan ini juga ku tidak pernah berhenti dari mengharapkan cinta ku disyurga terbalas dengan penuh keikhlasan

Keserasian kita..............


Apakah masih menjadi ingatan antara kita..........bahawa kenangan dan keserasian kita tetap akan sentiasa terpahat didalam ingatan,bukan senang untuk daku membuang semua ingatan itu dan adakalanya kehidupan ini terasa sunyi tanpa seorang insan yang daku kasihi tapi apakan daya ku itulah kenyataannye.Menempuhi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran,adakalanya keserasian kita dapat membuatkan daku sukar untuk melupakan diri mu walau pun telah sekian lama kita tidak bersama namun segala kenangan itu akan daku sematkan didada dan kenangan manis bersama mu akan kekal diingatan ini.
Ya Allah dikau perkuatkanlah hati daku untuk tempuhi hari-hari yang mendatang dengan tabah dan tenang.Adakalanya daku sering tertanya-tanya apakah ini jalan kehidupan ku yang telah dikau tentukan dan apakah daku masih berpeluang untuk bertemu dengan insan yang memahami akan diriku dan apakah kami akan ada keserasian yang mungkin akan membawa kebahagian buat daku untuk selamanya.......Ya Allah setiap kali daku berdoa itulah yang daku inginkan dan hanya itu yang daku inginkan,Apa lagi yang mampu daku harapkan hanyalah kasih sayang yang berlimpah ruah diantara insan dan juga diantara sahabat handaiku....Tanpa kekasih ku juga mampu untuk melangkah jauh dan mengapai apa yang daku hajati,bukan untuk diri sendiri tapi ia adalah kemahuan diri ini untuk menghilangkan rasa yang amat sedih untuk ku kenangkan...Dan biarlah segala kenangan itu daku bawa ia pergi walaupun ia penuh dengan derita tapi daku tetap mencuba dengan seadanya........

Tuesday, September 8, 2009

Andai.........



Setiap daripada kita ingin bercinta tapi dalam pada masa yang sama cinta juga membunuh kita,sama ada anda percaya atau tidak setiap daripada kita mempunyai pendirian masing-masing tapi adakalanya pemikiran kita bertindak melampaui batas,ada yang sanggup berbunuhan antara satu sama lain hanya kerana ingin memiliki sebuah cinta....Ada diantara kita mempunyai sifat cemburu dan itu sudah semestinya tidak kira sama ada wanita atau mahu pun lelaki.
Bagi diriku cemburu itu adalah satu lumrah dalam kehidupan,apa yang pasti bagi diriku adalah kejujuran dan adakalanya kita terluka hanya kerana sifat sesetengah insan yang bergitu mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan perasaan insan yang digelar sebagai kekasih hati....
Tidak salah perkataan sayang diucapkan sama ada untuk pasangan kekasih mahu pun insan biasa yang bernama sahabat ini kerana sayangnya kita pada seseorang insan itu tiada batasannya tapi adakalanya ia disalah ertikan dan disebabkan oleh itulah adanya pencerian,perpisahan dan poligami,apa kurangnya pada diri anda sekalian dan kenapa perasaan marah itu sentiasa menguasai diri kita dan kenapa tidak kasih sayang yang menjadi keutamaan dalam kehidupan..Apa perlu kita menanam satu perasaan yang tidak menyenangkan pasangan kita sendiri,apa perlu kita membenci antara satu sama lain..jodoh pertemuan sudah ditentukan apasalah kita berusaha untuk mencapai kebahagian tersebut dengan bantuan dari Allah S.W.T.Semoga anda sekalian akan mendapat cinta yang sejati...Ikhlas dari kata hati seorang insan.

Suatu ketika itu


Sayang kehadiranmu membawa 1000 makna dalam hidup ini..
Dan bukan mudah untuk dr ini menolak sebuah cinta yg bergitu sempurna buat diriku
Bukan mudah untuk kita menyatakan hasrat yang sebenar......terpahat didada....
sayang.......
Diri ini terasa bergitu gembira dengan adanya dirimu dalam hidupku..
Maka semua kesunyian bagiku telah terubat sepenuhnya..
liku-liku perjalanan hidup ini masih jauh dan ku akan memastikan semuanya sempurna....
Dan perhubungan ini pasti akan ada kesudahan yang sempurna dipandangan semua insan.............
Sayang andai kata dapat kita hidup bersama maka akan ku pastikan bahawasanya....tali
Percintaan ini tidak akan terlerai dengan mudahnya..tidak kira walau bagaimana sekalipun.Andai kata dikau dimiliki oleh insan lain....
ku pasrah akan ketentuan ilahi..
Dan ku jugak menerimanya....dengan hati yang tenang...Dan terbuka...
Walaupun duka....ku akan tetap kuatkan imanku dan terima segala dugaan yang mendatang...akan tetapi namamu tetap dihatiku dan terpahat disanubari ini untuk selamanya...