Monday, December 14, 2009

Kasih sayang mu kini terpahut dihati ku buat selamanya...Terima Kasih Cinta..



Apalah arti kekayaan jika cinta yang menyebabkan aku terasa akan kesunyian didada dan Apalah Arti Istana yang megah, bila tidak ada tempat untuk jiwaku bersandar dengan kasih cinta yang ada….Untuk apa dikelilingi putra-putra raja, bila cinta yang telah ku rasakan kini memenjarakan hatiku, dan telah membutakan mataku atas segala keindahannya.Dan kini daku mengenali akan dirimu secara tidak langsung dikau juga telah membuka pintu hati ini untuk mengenali apa itu CINTA……Engkaulah kekasih yang menjadi inspirasi dan penghias mimpi malamku…Aura kasih sayang yang dikau berikan adalah berlainan, jikalau matahari tak terbit , cukuplah sendatawa mu yang menyinari akan kehidupan daku setiap hari. Bila rembulan enggan datang dimalam hari, kasih sayang mu sudah cukup untuk merebahkan bumi dipangkuan indahmu.
Engkau adalah ilham bagiku untuk memetik dawai gitar, menjalin syair cinta nan indah hingga menjadi doa-doa akan harapan dan anugerah.
Pesona wajahmu bagai pusaran angin taufan yang bisa menghisap semua benda yang tertanam dibumi. Andaikata seorang pemudi tidak mampu menatap wajahmu , maka mendengar namamu saja sudah cukup untuk mengembalikan gairahnya yang hilang…
Dalam setiap lamunan aku meyakinkan diri , kekasih yang kudamba dapat menghadirkan senyum kebahagiaan dalam hatiku, menanggalkan kesedihan yang selalu membayang ,menjadi cahaya kehidupan serta pelipur lara bagi jiwaku.
Laksana kaum pencinta , airmataku yang bening dan jernih menetes karena merindukan kasih yang tak kunjung datang…..Sejak pertama kali aku melihat pancaran cahaya keindahan itu, jiwaku langsung bergetar…Kurasakan keharuman cinta telah menggembalikan ketenangan jiwaku…tiada yang melintas dalam anganku selain keindahan mata cinta dan tiada suara yang lebih merdu daripada suara cinta…
Saat menatap wajahmu , seolah ribuan kata ingin keluar dari bibirku, namun apalah daya bibir tak mampu mampu bergerak untuk melukiskan keagungan cinta. Nyala api asmara dalam hatiku semakin lama semakin berkobar, kebiasaanku kini hanya melamun dan merangkai syair yang menceritakan segala tentangmu…
Duhai kekasih….disaat cinta telah mengakar didalam jiwa, serta dari waktu ke waktu cinta itu telah tumbuh subur dikedalaman hati, kuingin rasa itu hanya kita yang tahu…tahukah engkau kekasih, tidak ada ubat yang mujarab mengubati luka bila tertusuk duri asmara dan kini dikaulah segala penawar yang daku punyai dan akan kita semaikan,semarakkan kasih sayang kita buat selamanya walaupun suatu hari nanti dikau akan pergi belayar dan akan meninggalkan daku buat seketika namun harapan dan cinta ini sentiasa bersamamu wahai sayang...Duhai kekasih hati, dirimu telah kuikat sebagai tawanan cinta diseberang lautan, dimana tiada akan ada sesuatu pun yang akan menyembunyikan dirimu dari jiwaku…
Melalui pancaran mata, jiwa kita seolah menyatakan tidak ingin berpisah , Engkaulah pasangan bagi jiwaku, ruh yang kekal dan abadi…bila panah cinta telah bertahta dihati dan jantung- disana engkau akan mendengar suara batin kita melantunkan bait-bait cinta yang dihiasi oleh senyum dan tangis rindu yang teramat sanggat....
Disaat jiwa kita merasa malu-malu menggapai cinta, lidah terasa kelu,dan tiada kata yang terucap dari bibir, disitulah cinta memandang dari kedalaman jiwa, ..disaat kita saling menatap, maka sabda jiwa kita -tak mampu menyembunyikan cinta dari hati.
Dalam cinta keindahan menyimpan kepahitan, dan dalam setiap kegetiran terdapat selubung kebahagiaan....Rasa dimana kita tak dapat membedakan lagi antara siang dan malam, seolah kita berada dalam taman surgawi yang bebas dari ruang dan waktu…
Bagi diriku adalah pantulan jiwanya ,adakah yang mampu daku lalukan hanya seorang gadis yang telah ditawan oleh api cinta yang hatinya telah tercuri,selain ingin bertemu dengan si-pencuri hati. Yang Syair-syairnya bernyanyi laksana kidung surgawi dan berbisik kedalam telinganya sebagai hembusan angin nan lembut , yang membuatnya terhanyut dalam simponi kerinduan atau laksana gelombang laut yang menghanyutkan bahtera jiwanya didalam lautan perasaannya yang tak bertepi dan berdasar..
Wahai kekasih hati, berjanjilah pada keagungan cinta agar sayapmu dapat terbang bebas dan melayang bersama ketulusan cinta, walau banyak racun yang harus kita teguk …
Atas nama cinta , racun yang pahit pun terasa manis….
Bertahanlah kekasihku, dunia diciptakan untuk kaum pencinta…Dunia ada karena cinta….cinta adalah pembebas dari segala belenggu…dan jiwa pencinta akan memberi kehidupan baru bagi kehidupan yang lain.
Itulah hakikat dan kisah cintaku buatmu, kuceritakan segala isi hati dan tidak ada yang kusembunyikan….agar engkau tahu, pintu-pintu hatiku selalu terbuka untukmu… diujung rindu dan harap-aku selalu menanti kehadiranmu…dan aku yakin semilir angin akan mengabarkan dan membisikkan semua ini kepadamu.Yang menceritakan segala hal tentangmu dan tentangku…Dikaulah kekasih hatiku yang kini menjadi penyeri kehidupanku setelah sekian lama daku mencari dan kini ku temui akan dirimu….Harapanku hanya satu semoga hubungan kita ini aka nada penghujungnya……

Wednesday, December 9, 2009

Cinta itu milik kita..........dan semuanya adalah kita.


Dalam kenangan,cinta sentiasa manis walaupun ia sebenarnya tidak berguna.Dan apa yang hilang daripada keseronokan dapat disembuhkan dengan apa yang ditemui dalam kepahitan itu sendiri...ini kerana kita dilahirkan untuk menikmati apa itu cinta dan ia adalah prinsip asas kewujudan dan satu-satunya yang akan menjadi kepercayaan bahawa dua akan menjadi satu,tetap akhirnya menjadi satu.....Ia ibarat PURNE ia tidak boleh menjadikan anda kelihatan lebih baik akan tetapi ia boleh menyebabkan anda menjadi lebih manis dan ia juga dapat membuka topeng yang kita khuatiri ini kerana tanpanya kita tidak boleh hidup...dan kita tahu...dengannya juga kita boleh merawat manusia dan baik bagi pihak yang memberikan mahupun pihak yang menerima.....Walaupun cinta adalah satu-satunya yang kita ada walaupun cinta kita Agung sekalipun ia tidak akan lari daripada mengalami kesengsaraan yang teramat perit buat kita lalui....dan sesungguhnya cintalah yang menjadikan dunia ini bulat ini kerana cinta hanyalah pertukaran dua fantasi dan sentuhan dua jasat agar ia kekal menjadi satu buat selamanya........

Friday, November 13, 2009

Kuserahkan segalanya pada Mu


Kepadamu daku berserah dan pada mu daku menyatakan hasrai ini supaya daku mampu untuk meneruskan kehidupan ku dengan tenang aman dan damai.Dan padaMu jugalah daku ingin menyatakan hasrat dihati supaya dikau perkuatkanlah kisah cinta dua insan yang sedang bercinta dan daku juga ingin memohon pada mu agar dikau perkenankanlah apa yang dikau anggap ia baik dan harus untuk diri ini dan dia.Dan daku juga inginkan kebahagian yang sebelum ini tidak pernah daku merasainya walau pun dengan keluarga ku sendiri.....
setiap dari kehidupan ku adalah sebahagian dari kerjaya ku. Dan ini secara tak langsung ia telah menjauhkan perhubungan kami sekeluarga....Tapi daku tetap meminta supaya daku akan dapat kebahagian yang daku inginkan selama ini biar pun daku tahu ia sesuatu yang mustahil untuk daku perolehi...Daku tidak pernah menyesali apa yang telah terjadi pada diriku dan juga keluarga ku...Dan disini daku ingin menyerahkan segalanya buat mu supaya diri ini dapat meninggalkan dunia ini dengan aman dan ketenangan..Walau pun daku tahu ini adalah sesuatu yang tidak perlu ku lakukan tapi percayalah mugkin ini adalah untuk kebaikan diri ku...dan juga kebaikan keluarga ku yang semestinya tidak akan ada persamaan yang setiap keluarga sepatutnya ada dan rasakan...

Kau , Aku dan Dia




Setiap dari percintaan itu pasti akan ada kebahagian dan juga kedukaan...walau pun ia suatu yang menarik tapi kedukaan itu tetap ada tidak kira walau dimana dan dengan siapa kita bersama. Dan daripada itu aku disini ingin menyatakan hasrat apa yang ku pendam selama ini dan kenapa setiap daripada kita insan didunia pasti akan ada dugaan yang bergitu berat untuk kita pikul....Aku sedikit pun tidak mengerti kenapa dan mengapa ini yang harus aku hadapi...Aku mengenali apa itu cinta bila aku mengenali seorang insan yang baik budi bicaranya tapi perhubungan kami tidak sampai keakhirnya dan kini aku mengenali seorang insan baru dan bagi aku dia adalah segalanya tapi hubungan kami juga tidak lari dari masaalah....setelah sekian lama kami menjalinkan hubungan setiap dari apa yang aku buat sedikit pun dia tidak memahami akan apa yang aku hadapi..Dia tidak sama dengan yang sebelumnya ini kerana dia ibarat mementingkan dirinya sendiri dan yang sebelum ini menganggap aku adalah puteri dalam hati dan sanubarinya, alangkah manisnya jika hubungan kami kekal buat selamanya tapi apakan daya aku....aku tidak mampu untuk mengembalikan seseoranag yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan kini daku kuat kembali untuk terus bersama dengan insan baru yang bertahta dalam hatiku.Walaupun hubungan kami banyak cobaan dan dugaan, namun aku akan tetap akan meneruskan perhunbungan ini. Sayang ku hanya kau tahu akan perasaan diri ini walau pun hampir setiap hari aku berair mata kerana perbuatan mu namun akan aku buktikan bahawa aku mampu menghilangkan semua air mata ini......

Thursday, September 10, 2009

Di Ufuk Fajar Syawal


Sayup bening dikaki langit fajar syawal muncul kembali tanda Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkan kita,wahai Tuhun ini adalah hari kemenangan dalan sebuah perperangan antara nafsu yang tidak pernah tersinar..Ayuh duhai taulan marilah kita raikan saat kejayaan dalam pintalan Ukhuwah yang erat bagi menghulurkan tangan tanda memohon maaf tanda kita bersaudara dan seagama yang tidak pernah ada perbezaannya dan hanya amalan taqwa yang menjadi pemisahnya.....Dengarlah seruan kepulangan siperantau kerana Ayah dan Bonda amat merindui kepulangan dirimu yang jauh diperantauan dan tidak pernah walau sekali dilupakan sengketa antara saudara,ini kerana timbul harga kerinduan sepasang mata tua yang tidak mengenal erti jemu menanti mu di kejauhan dan Usah dibiarkan meraka melakar duka bersama titisan air mata ! Tamatkanlah purnama syawal mu kali ini dalam seribu erti ini kerana yang jauh sudah mula kembali dan yang dekat sudah terasa mesranya...sesungguhnya syawal punyai agenda yang paling Istimewa untuk disemat sebagai satu kenangan kita bersama dan jadikan lah ia sebagai sebuah mimpi tika bersama dengan sidia.Kenanglah saat bersama kerana belum pasti syawal dapat menjengahkan diri pada musim seterusnya.....WAHAI TUHAN RABUL IZZATI kau makbulkan munajat ku agar syawal ini adalah detik mulanya perhubungan antara dua insan dan bahawa esok adalah cahaya untuk aku kembali pulang ke pangkuan mu wahai sayang.Dari jauh ku pohon kemaafan dan dari jauh daku berdoa agar hubungan kita akan berkekalan sepanjang zaman.........AMIN

Kesedaran



Limpahan ilmu pengetahuan yang dicapainya hingga menjadi lampiran ummah pada sebahagian besar usianya....Ingat,bukan sekadar dengan suluhan ilmu akli dan nakli sahaja yang dapat kita bekalkan buat akhirat kelak,bahkan hati kecil atau fitrah semulajadi itu sendiri akan menolak sekeras-kerasnya.Inilah sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran buat renungan insan sepanjang zaman.Apakah akan terhapus suatu dosa itu dengan hanya segera menempah tiket kapal terbang untuk ke Mekkah dan kemudian merayu dihadapannya dengan titisan air mata agar terhapus segala dosa-dosa lampau...
Hati kita tetap akan terpahat sedalamnya kerana perbuatan kita terhadap sesorang yang pernah kita sayangi dan hati juga akan terasa tersalai setiap kali mengenangkan dosa-dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan....Namun kerana iman itu tersangat lemah dan merosot sahamnya,maka ia tidak berdaya untuk mendepani runtuhan nafsu dan ia akan memusnahkan kita serta ia akan melenyapkan terus saki baki iman yang ada dijiwa...
Bersyukurlah apabila rangsangan kita untuk bertaubat masih ada didalam sanubari disetiap insan itu sendiri dan siapakah individu yang terlalu hebat sifatnya kedermawananya didunia ini sehingga terdorong untuk memberi kepada kita sebuah istana bertaraf MAHLIGAI........

Wednesday, September 9, 2009

Cinta disyurga



Berdirinya aku di taman zulumat menghirup titisan doa dimalam rahmat bersama-sama renai kasih yang menghayun ingin aku melakarkan cinta disyurga,sesungguhnye cinta yang ku galas dahulunya hanyalah cinta semusim wangiannye dan harumannya pula tidak lagi akan sampai ke penghujung cinta ini,Indah mekarnya hanya dikuntuman....sedangkan taman ku terlalu indah untuk dipandang akan tetapi diri ini terasa kekurangannya sedangkan penghuni syurga pula dikurniakan rahmat yang datang berbekalkan amalan tanpa sepahit noda,setelah sekian lama mengatur jejak dan langkah makin kuat aku mentafsir liku hidup diri ini dari terlepas bebas dan leka tanpa batasan bagai menabur benih sang hilalang.......Bendang terbendang hampar padinya dimusnahi oleh musuh dan aku yang tak terdaya ini pula sering kali tertumpas oleh kata cinta yang tiada kejujurannya betapa hampanya diri ini sehingga tidak mampu untuk ku mengungkapkannya dengan kata-kata atau perbuatan ku.......dan biarlah hijerah ku dengan hati putih kembali berpaut pada akal budi perasaan dan biarkanlah ia bersujud di bawah naungan langit kesedaran.....Dan dengan ini juga ku tidak pernah berhenti dari mengharapkan cinta ku disyurga terbalas dengan penuh keikhlasan

Keserasian kita..............


Apakah masih menjadi ingatan antara kita..........bahawa kenangan dan keserasian kita tetap akan sentiasa terpahat didalam ingatan,bukan senang untuk daku membuang semua ingatan itu dan adakalanya kehidupan ini terasa sunyi tanpa seorang insan yang daku kasihi tapi apakan daya ku itulah kenyataannye.Menempuhi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran,adakalanya keserasian kita dapat membuatkan daku sukar untuk melupakan diri mu walau pun telah sekian lama kita tidak bersama namun segala kenangan itu akan daku sematkan didada dan kenangan manis bersama mu akan kekal diingatan ini.
Ya Allah dikau perkuatkanlah hati daku untuk tempuhi hari-hari yang mendatang dengan tabah dan tenang.Adakalanya daku sering tertanya-tanya apakah ini jalan kehidupan ku yang telah dikau tentukan dan apakah daku masih berpeluang untuk bertemu dengan insan yang memahami akan diriku dan apakah kami akan ada keserasian yang mungkin akan membawa kebahagian buat daku untuk selamanya.......Ya Allah setiap kali daku berdoa itulah yang daku inginkan dan hanya itu yang daku inginkan,Apa lagi yang mampu daku harapkan hanyalah kasih sayang yang berlimpah ruah diantara insan dan juga diantara sahabat handaiku....Tanpa kekasih ku juga mampu untuk melangkah jauh dan mengapai apa yang daku hajati,bukan untuk diri sendiri tapi ia adalah kemahuan diri ini untuk menghilangkan rasa yang amat sedih untuk ku kenangkan...Dan biarlah segala kenangan itu daku bawa ia pergi walaupun ia penuh dengan derita tapi daku tetap mencuba dengan seadanya........

Tuesday, September 8, 2009

Andai.........



Setiap daripada kita ingin bercinta tapi dalam pada masa yang sama cinta juga membunuh kita,sama ada anda percaya atau tidak setiap daripada kita mempunyai pendirian masing-masing tapi adakalanya pemikiran kita bertindak melampaui batas,ada yang sanggup berbunuhan antara satu sama lain hanya kerana ingin memiliki sebuah cinta....Ada diantara kita mempunyai sifat cemburu dan itu sudah semestinya tidak kira sama ada wanita atau mahu pun lelaki.
Bagi diriku cemburu itu adalah satu lumrah dalam kehidupan,apa yang pasti bagi diriku adalah kejujuran dan adakalanya kita terluka hanya kerana sifat sesetengah insan yang bergitu mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan perasaan insan yang digelar sebagai kekasih hati....
Tidak salah perkataan sayang diucapkan sama ada untuk pasangan kekasih mahu pun insan biasa yang bernama sahabat ini kerana sayangnya kita pada seseorang insan itu tiada batasannya tapi adakalanya ia disalah ertikan dan disebabkan oleh itulah adanya pencerian,perpisahan dan poligami,apa kurangnya pada diri anda sekalian dan kenapa perasaan marah itu sentiasa menguasai diri kita dan kenapa tidak kasih sayang yang menjadi keutamaan dalam kehidupan..Apa perlu kita menanam satu perasaan yang tidak menyenangkan pasangan kita sendiri,apa perlu kita membenci antara satu sama lain..jodoh pertemuan sudah ditentukan apasalah kita berusaha untuk mencapai kebahagian tersebut dengan bantuan dari Allah S.W.T.Semoga anda sekalian akan mendapat cinta yang sejati...Ikhlas dari kata hati seorang insan.

Suatu ketika itu


Sayang kehadiranmu membawa 1000 makna dalam hidup ini..
Dan bukan mudah untuk dr ini menolak sebuah cinta yg bergitu sempurna buat diriku
Bukan mudah untuk kita menyatakan hasrat yang sebenar......terpahat didada....
sayang.......
Diri ini terasa bergitu gembira dengan adanya dirimu dalam hidupku..
Maka semua kesunyian bagiku telah terubat sepenuhnya..
liku-liku perjalanan hidup ini masih jauh dan ku akan memastikan semuanya sempurna....
Dan perhubungan ini pasti akan ada kesudahan yang sempurna dipandangan semua insan.............
Sayang andai kata dapat kita hidup bersama maka akan ku pastikan bahawasanya....tali
Percintaan ini tidak akan terlerai dengan mudahnya..tidak kira walau bagaimana sekalipun.Andai kata dikau dimiliki oleh insan lain....
ku pasrah akan ketentuan ilahi..
Dan ku jugak menerimanya....dengan hati yang tenang...Dan terbuka...
Walaupun duka....ku akan tetap kuatkan imanku dan terima segala dugaan yang mendatang...akan tetapi namamu tetap dihatiku dan terpahat disanubari ini untuk selamanya...

Saturday, August 29, 2009

kedatangan ramadhan yg penuh makna


Kedatangan bulan ramadan Al-mubarak.....mengubah corak kehidupanku disini ini kerana daku dapat merasakan bahawa hati ku ini terasakan bagai ada sesuatu yang datang dan ia bagaikan penarik hati ini untuk bercinta lagi.........haruskah aku menolaknya dan haruskan aku menerima ia dan meneruskan kedatangannye........Bukan diri ini nak mengetepikan perasaan cinta terhadap seorang insan yang bernama lelaki namu kelukaan hati ku ini bagaikan tidak dapat daku lupakan dengan senang.........Tapi orang ade insan yang mengatakan bahawa kenangan lama adalah kenangan yang paling indah dan semampu mungkin kita inginkan yang lebih baik dari apa yang telah kita perolehi dari awalnya. Dan itulah yang daku inginkan......Daku inginkan yang lebih baik dari apa yang daku perolehi dulunye....Percintaan itu adelah sesuatu yang amat memeritkan dan adakalanya ia bagaikan sesuatu yang amat indah untuk kita merasainya.........Dan bergitu jugak dengan kedatangan bulan ramadan ini daku dipertemukan lagi dengan cinta yang agak jauh n kedatangannya tanpa ku pinta.....apakah hubungan ini akan ada penghujungnya dan apakah kali ini daku mampu untuk mengakhiri zaman bujangku dengan insan baru? Apa haruskan daku mengharap akan pada sesuatu yang daku sendiri tidak berapa pasti? Apakah daku akan terluka lagi seperti mana pernah daku alami dulu? Banyak persoalan yang tiada jawapan dan banyak perwatakan yang harus daku mainkan dan banyak perwatakan yang menjadi permainan dalam setiap babak-babak cinta yang bakal terjalin........dan apakah daku mampu untuk memperkukuhkan setiap dari perwatakan itu atau haruskah daku membiarkannya bergitu sahaja tanpa mengenal pasti siapa disebalik watak tersebut....Hati ku semakin kencang dengan kedatangan watak baru dalam hidupku ini apakah dia adalah insan yang dapat memberikan daku kasih sayang yang daku perlukan selama ini?...

Wednesday, August 5, 2009

harga sekeping hati~


kalau la dapat diletak harga,
rasanya nak aje aku berikan hati ini secara percuma,
kepada mereka yang sudi menerima dan memahami~

kalau la dapat diletakkan harga,
rasanya nak aje aku letak harga yang rendah,
agar hati ini dapat dimiliki semua lelaki~

kalau la dapat diletakkan harga,
rasanya nak aje aku letak harga yang tinggi,
tapi hati ini dah x berupa, bertampal sini sana,
tercarik kanan kiri, kalau letak harga tinggi sapa yang nak beli..?

finally aku buat keputusan,
untuk simpan hati ini.. sendiri~
kerna ku tahu, wang dan harta bukan harga sekeping hati,
hanya mereka yang tahu menilainya, yang layak memiliki~!

Friday, July 24, 2009

Penantian ini............



Apakah penantian daku akan ada akhirnya dan apakah penantian ini akan ada pengubatnya....bukan daku ingin menguji semua kehendak Mu tapi adakalanya daku bertenya pada hati apakah daku mampu untuk menamatkan segala penantian yang daku rasakan dan adakalanya daku merasakan penantian ini adalah satu penyiksaan yang teramat sangat......Namun adakalanya daku mengingati bahawa penantian ini pasti akan ada penamatnya...dan seseorang pasti datang tuk menyambutku dan bawaku terbang jauh kealam yang penuh dengan kasih sayang.....Namun itu semua adalah khayalan ku disiang hari dan tidak mungkin ia akan terjadi.........apapun harapan daku tidak pernah putus dan tidak pernah pudar,hanya padamu ku berserah dan hanya pada mu ku memohon supaya penantian ini akan ada penamatnye...........

Apakah ini suatu penantian


cinta itu amat menyakitkan...tapi drpd itu tahukah anda bahawa cinta itu mampu
merubah cara kehidupan kita dan dalam pada itu ia mampu untuk mendewasakan kita dalam segala hal.......bukan senang untuk kita mengapai bintang dilangit dan bukan senang tuk kita menyatakan hasrat dihati namun hendaklah kita meminta kepadanya agar permudahkan segala perjalanan hidup kita dan ketahuilah teman hanya dia sahaja yang mampu memberikan kita segalanya......Dan tanpa usaha tidak akan ada tangga kejayaan yang akan kita perolehi.... Cinta bukan boleh dipaksa namun cinta datang dari dua hati yang amat memahami...maka janganlah ada diantara kita menjauhkan diri dari alam percintaan......dan seandainye kita tidak punyai keserasian jgnlah ada diantara kita memencilkan diri dari seorang insan.....seandainya dia bukan pilihan kamu maka berterus teranglah padanye....ini mampu untuk meyakinkan dirinye tentang suatu kebenaran dan penantian yang tidak pasti.......

Kenangan terindah.........


Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa
Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya

Ooo... sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang

Ooo... sayang inikah balasanmu terhadapku


Seorang insan yang amat menyintai dirimu
Kering airmata
Kesal tetap ada
Jernih air di muara
Luka tetap ada
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga

Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...

Terlanjur mencintaimu




Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Reff :
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta

kemana harus ku bertanya............


kemana harusku bertanya akan isi hatiku yang lara.....kemana harusku pergi membawa hati yang luke....dan kemana harusku bertanya tentang hati dan perasaan....Ya Tuhan kemana harus ku mencari erti cinta yang sempurna dan kemana harusku mendapatkan pimpinan yang baik dah terlaksana,Aku buntuhkan semua persoalan dan setiap dari persoalan itu aku dambakan pelbagai jawapan yang ada kemingkinan akan membawa aku terus kealam yang aku inginkan....Kemana lagi mampu tuk ku membawa hatiku yang luka dan pada siapa patut ku sandarkan harapan dan kasih sayang ini.......dan siapa yang mampu hadir dalam hidupku ini ....hanya untuk memberikan sedikit kasih sayang yang aku nantikan...Ya Allah pada mu ku bergantung harapan ku dan hanya pada mu ku bertanyakan pada siapa yang mampu untuk meluahkan isi hatinye pada ku...