Friday, November 13, 2009

Kuserahkan segalanya pada Mu


Kepadamu daku berserah dan pada mu daku menyatakan hasrai ini supaya daku mampu untuk meneruskan kehidupan ku dengan tenang aman dan damai.Dan padaMu jugalah daku ingin menyatakan hasrat dihati supaya dikau perkuatkanlah kisah cinta dua insan yang sedang bercinta dan daku juga ingin memohon pada mu agar dikau perkenankanlah apa yang dikau anggap ia baik dan harus untuk diri ini dan dia.Dan daku juga inginkan kebahagian yang sebelum ini tidak pernah daku merasainya walau pun dengan keluarga ku sendiri.....
setiap dari kehidupan ku adalah sebahagian dari kerjaya ku. Dan ini secara tak langsung ia telah menjauhkan perhubungan kami sekeluarga....Tapi daku tetap meminta supaya daku akan dapat kebahagian yang daku inginkan selama ini biar pun daku tahu ia sesuatu yang mustahil untuk daku perolehi...Daku tidak pernah menyesali apa yang telah terjadi pada diriku dan juga keluarga ku...Dan disini daku ingin menyerahkan segalanya buat mu supaya diri ini dapat meninggalkan dunia ini dengan aman dan ketenangan..Walau pun daku tahu ini adalah sesuatu yang tidak perlu ku lakukan tapi percayalah mugkin ini adalah untuk kebaikan diri ku...dan juga kebaikan keluarga ku yang semestinya tidak akan ada persamaan yang setiap keluarga sepatutnya ada dan rasakan...

Kau , Aku dan Dia




Setiap dari percintaan itu pasti akan ada kebahagian dan juga kedukaan...walau pun ia suatu yang menarik tapi kedukaan itu tetap ada tidak kira walau dimana dan dengan siapa kita bersama. Dan daripada itu aku disini ingin menyatakan hasrat apa yang ku pendam selama ini dan kenapa setiap daripada kita insan didunia pasti akan ada dugaan yang bergitu berat untuk kita pikul....Aku sedikit pun tidak mengerti kenapa dan mengapa ini yang harus aku hadapi...Aku mengenali apa itu cinta bila aku mengenali seorang insan yang baik budi bicaranya tapi perhubungan kami tidak sampai keakhirnya dan kini aku mengenali seorang insan baru dan bagi aku dia adalah segalanya tapi hubungan kami juga tidak lari dari masaalah....setelah sekian lama kami menjalinkan hubungan setiap dari apa yang aku buat sedikit pun dia tidak memahami akan apa yang aku hadapi..Dia tidak sama dengan yang sebelumnya ini kerana dia ibarat mementingkan dirinya sendiri dan yang sebelum ini menganggap aku adalah puteri dalam hati dan sanubarinya, alangkah manisnya jika hubungan kami kekal buat selamanya tapi apakan daya aku....aku tidak mampu untuk mengembalikan seseoranag yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan kini daku kuat kembali untuk terus bersama dengan insan baru yang bertahta dalam hatiku.Walaupun hubungan kami banyak cobaan dan dugaan, namun aku akan tetap akan meneruskan perhunbungan ini. Sayang ku hanya kau tahu akan perasaan diri ini walau pun hampir setiap hari aku berair mata kerana perbuatan mu namun akan aku buktikan bahawa aku mampu menghilangkan semua air mata ini......

Thursday, September 10, 2009

Di Ufuk Fajar Syawal


Sayup bening dikaki langit fajar syawal muncul kembali tanda Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkan kita,wahai Tuhun ini adalah hari kemenangan dalan sebuah perperangan antara nafsu yang tidak pernah tersinar..Ayuh duhai taulan marilah kita raikan saat kejayaan dalam pintalan Ukhuwah yang erat bagi menghulurkan tangan tanda memohon maaf tanda kita bersaudara dan seagama yang tidak pernah ada perbezaannya dan hanya amalan taqwa yang menjadi pemisahnya.....Dengarlah seruan kepulangan siperantau kerana Ayah dan Bonda amat merindui kepulangan dirimu yang jauh diperantauan dan tidak pernah walau sekali dilupakan sengketa antara saudara,ini kerana timbul harga kerinduan sepasang mata tua yang tidak mengenal erti jemu menanti mu di kejauhan dan Usah dibiarkan meraka melakar duka bersama titisan air mata ! Tamatkanlah purnama syawal mu kali ini dalam seribu erti ini kerana yang jauh sudah mula kembali dan yang dekat sudah terasa mesranya...sesungguhnya syawal punyai agenda yang paling Istimewa untuk disemat sebagai satu kenangan kita bersama dan jadikan lah ia sebagai sebuah mimpi tika bersama dengan sidia.Kenanglah saat bersama kerana belum pasti syawal dapat menjengahkan diri pada musim seterusnya.....WAHAI TUHAN RABUL IZZATI kau makbulkan munajat ku agar syawal ini adalah detik mulanya perhubungan antara dua insan dan bahawa esok adalah cahaya untuk aku kembali pulang ke pangkuan mu wahai sayang.Dari jauh ku pohon kemaafan dan dari jauh daku berdoa agar hubungan kita akan berkekalan sepanjang zaman.........AMIN

Kesedaran



Limpahan ilmu pengetahuan yang dicapainya hingga menjadi lampiran ummah pada sebahagian besar usianya....Ingat,bukan sekadar dengan suluhan ilmu akli dan nakli sahaja yang dapat kita bekalkan buat akhirat kelak,bahkan hati kecil atau fitrah semulajadi itu sendiri akan menolak sekeras-kerasnya.Inilah sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran buat renungan insan sepanjang zaman.Apakah akan terhapus suatu dosa itu dengan hanya segera menempah tiket kapal terbang untuk ke Mekkah dan kemudian merayu dihadapannya dengan titisan air mata agar terhapus segala dosa-dosa lampau...
Hati kita tetap akan terpahat sedalamnya kerana perbuatan kita terhadap sesorang yang pernah kita sayangi dan hati juga akan terasa tersalai setiap kali mengenangkan dosa-dosa dan keterlanjuran yang telah dilakukan....Namun kerana iman itu tersangat lemah dan merosot sahamnya,maka ia tidak berdaya untuk mendepani runtuhan nafsu dan ia akan memusnahkan kita serta ia akan melenyapkan terus saki baki iman yang ada dijiwa...
Bersyukurlah apabila rangsangan kita untuk bertaubat masih ada didalam sanubari disetiap insan itu sendiri dan siapakah individu yang terlalu hebat sifatnya kedermawananya didunia ini sehingga terdorong untuk memberi kepada kita sebuah istana bertaraf MAHLIGAI........

Wednesday, September 9, 2009

Cinta disyurga



Berdirinya aku di taman zulumat menghirup titisan doa dimalam rahmat bersama-sama renai kasih yang menghayun ingin aku melakarkan cinta disyurga,sesungguhnye cinta yang ku galas dahulunya hanyalah cinta semusim wangiannye dan harumannya pula tidak lagi akan sampai ke penghujung cinta ini,Indah mekarnya hanya dikuntuman....sedangkan taman ku terlalu indah untuk dipandang akan tetapi diri ini terasa kekurangannya sedangkan penghuni syurga pula dikurniakan rahmat yang datang berbekalkan amalan tanpa sepahit noda,setelah sekian lama mengatur jejak dan langkah makin kuat aku mentafsir liku hidup diri ini dari terlepas bebas dan leka tanpa batasan bagai menabur benih sang hilalang.......Bendang terbendang hampar padinya dimusnahi oleh musuh dan aku yang tak terdaya ini pula sering kali tertumpas oleh kata cinta yang tiada kejujurannya betapa hampanya diri ini sehingga tidak mampu untuk ku mengungkapkannya dengan kata-kata atau perbuatan ku.......dan biarlah hijerah ku dengan hati putih kembali berpaut pada akal budi perasaan dan biarkanlah ia bersujud di bawah naungan langit kesedaran.....Dan dengan ini juga ku tidak pernah berhenti dari mengharapkan cinta ku disyurga terbalas dengan penuh keikhlasan