Apakah perasaan mampu untuk menakluki minda dan pemikiran aku sebagai insan biasa......
Friday, July 6, 2012
Sayang...seandainya ku tidak dapat untuk meneruskan kisah cinta antara kita itu adalah salah satu kelemahan diri ini....Ku hanya mampu untuk meminta kemaafan pada diri mu dan ternyata ku tidak mampu untuk meneruskan apa yang pernah kita nyatakan dulu.... Ku sentiasa mendoakan agar dikau akan dipertemukan dengan insan yang lebih baik dan lebih memahami akan keperibadian mu.....Cinta ku pada mu adalah segalanya akan tetapi daku hanya sebagai insan biasa yang tak mampu untuk menahan diri ini untuk terus jatuh cinta dan keinginan ku untuk mengapai bahagia.....Bukan daku memilih untuk hidup penuh dengan kemewahan tapi percayalah sayang kenangan diantara kita tetap akan bersemadi ini kerana dia jauh berbeza dengan cara kehidupan kita berdua....Dia seorang yang sederhana dalam setiap kata dan perbuatan.......walau pun itu bukan kehendak ku untuk meneruskan hidup tapi aku percaya bahawasanya dia dapat menyempurnakan hidup ini tanpa sebarang kesulitan yang bakal ku lalu suatu masa nanti.....Bukan kerana ketidak serasian antara kita daku membuat keputusan ini tapi percayalah sayang bahawasanya ada kebaikan untuk semua keputusan yang bakal aku nyatakan pada hubungan kita....Sayang,ku pinta kebaikan dari mu dan ku tidak pernah inginkan ketidakpuasaan hati mu sebelum kita berjauhan... Daku ingin bawa segalan milik kita sebagai satu kenangan yang amat berharga.....