Apakah perasaan mampu untuk menakluki minda dan pemikiran aku sebagai insan biasa......
Friday, April 27, 2012
Apakah aku masih punya harapan?
Kenapa aku semakin hari semakin dingin dengan putra aku...? Apakah hubungan jarak jauh yang aku pilih ini mula mebebankan aku dan jiwa aku..Aku tak pasti kenapa dan mengapa,kerana aku sepatutnya memberi semangat untuk menguatkan lagi perhubungan antara kami namum aku pula yang mula menyatakan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan. Hubungan kami pernah goyah disebabkan kehadiran seorang perempuan yang aku tidak kenal namun semua itu sudah tiada dan kini....apa yang menghantui aku adalah kesetiasaan dia dan masa buat aku seolah-olah tiada.Saban hari ada saja yang tidak kena dalam hati aku,entah kenapa perangai aku kini bagaikan membawa padah pada hubungan kami sendiri. seperti malam-malam yang lain dia tetap akan hantar pesanan ringkas (sms) namun pada malam ni satu pun tiada,apa dia betul-betul ikut apa kehendak hati aku...atau dia hanya membiarkan aku buat seketika kerana amarah ku padanya.Aku mula buntu dengan perbuatan aku sendiri,tapi adakah dia betul-betul ikut apa yang akunyatakan! Huh sememangnya aku tidak sanggup untuk berpisah mahu pun berjauhan darinya namun kenapa harus aku nyatakan padanya sedemikian rupa.Aku teramat merinduinya namun kenapa dia masih tidak paham dengan perasaan aku...dan kenapa harus aku memahami dia setiap saat!Aku bagaikan putus harapan untuk meneruskan perhubungan jarak jauh ini,walaupun aku tahu ia akan menyiksa aku dan batin ku....huh kenapalah aku setuju untuk berjauhan dengan dia.?Sedangkan kami tidak pernah berjauhan walaupun sekali...kenapa sekarang! kenapa ! Pada awalnya aku hilang arah namun aku mencuba untuk mendiamkan diri dari terus mendesaknya,tapi apakah aku akan melupakan dia....apakah aku sanggup meninggalkan dia insan yang aku sayang? Aku tahu dia pun amat mencintai aku dan amat menyayangi aku tapi kenapa semua ini harus terjadi.!huh.......Aku seharusnya sedar dan percaya pada cinta jarak jauh ini sendiri. Apa yang harus aku lakukan.......Apakah masih punya harapan untuk aku meneruskan semua ini....?