Apakah perasaan mampu untuk menakluki minda dan pemikiran aku sebagai insan biasa......
Sunday, February 24, 2013
kelukaan daku......
Teramat sakit bila diri ini teringat akan masa lampau...... Percintaanku tidak pernah merasa kebahagiannya...malah diri ini sentiasa merasa kecewa dengan setiap tingkah laku yang dikau lakukan betapa terlukanya diri ini bila kau cuba tuk menyatakan bahawa diri ini bukan lagi insan yang akan menemani dirimu suatu hari nanti......... berdarahnya lukaku sehinggakan diri ini tidak lagi dapat menahan kesakitan yang terasa....Namun daku pasrah dengan segala yang menimpa dan daku terima ia dengan hati yang terbuka....kau umpama pisau yang telah menusuk ke dadaku dan dikau juga umpama pemusnah dialam kehidupanku....seandainya dikau bahagia pasti dikau akan terluka suatu hari nanti..............bukan diriku meminta tapi itulah balasa keatas segala apa yang telah dikau lakukan pada diri ini dan kelukaan ini biarlah ku ubati sendiri.. dari jauh ku menyatakan abadikanlah insan itu seadanya dan janganlah dikau melukainya sepertimana dikau melukai daku...
Ku berterima kasih pada mu duhai sayang.
Sayang daku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada diri mu kerana telah melengkapkan kehidupan aku sebagai seorang wanita dipandangan mata mu. Bukan kerana paras rupa atau sebaliknya dikau menerima diri ku dengan seikhlas hati mu, walaupun kita banyak perbezaan tapi bagi diri ini ia cukup memadai kerana dikau telah penuhinya dengan kasih sayang yang selama ini telah hilang dari kehidupan aku dan juga perasaan ini.....bagaikan kosong tiada apa2 yang dapat aku ungkapkan.............kehihupan aku kini sempurna secukupnya terima kasih sayang............
Subscribe to:
Posts (Atom)