Apakah perasaan mampu untuk menakluki minda dan pemikiran aku sebagai insan biasa......
Sunday, October 17, 2010
Apa ada pada usia?
Apa ada pada usia? Soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran setaip manusia? Sekiranya ia melibatkan percintaan apakah usia tetap akan menjadi ukuran? Bagi sesetengah insan usia hanyalah satu angka dan kenapa harus dijadikan ukuran? Dan bagi sesetengah IbuBapa usia itu adalah sesuatu yang penting dialam perkahwinan.....wanita tua dan lelaki muda pun tidak boleh disatukan ini mungkin kerana takut isteri akan memainkan peranan sebagai ketua rumahtangga dan bukan suami....Bagi setengah kita sekarang usia itu bukan penghalang untuk kita meluahkan segala perasaan yang kita ada dan tiadak salah untuk kita cuba mengenal hati budi pasangan kita walaupun dia lebih muda dari kita......Walaupun suami jauh lebih tua dari si isteri itu jugak tidak menunjukkan apa-apa perubahan akan tetapi si suami yang akan memainkan peranan sebagai ketua keluarga.Semua apa yang kita sedia maklum suami adalah ketua keluarga dan bukan isteri itu sendiri..........Tidak kira sama ada suami atau isteri masing-masing ada tanggungjawab masing-masing...Bagi diri ini perbezaan usia tidak semestinya menjadi salah satu isu yang tidak menyenangkan.... Seandainya ada insan yang bercinta akan tetapi mempunyai perbezaan usia yang agak ketara janganlah ia dijadikan satu kesalahan untuk insan itu mengenal apa itu kebahagian.........setiap insan berhak untuk menjalinkan hubungan sesama insan itu sendiri walau pun mempunyai perbezaan usia yang ketara.....kebahagian itu adalah hak milik semua........
Subscribe to:
Posts (Atom)