Friday, March 26, 2010

~~ Milik siapakah hati ku ini ~~



~~Milik siapakah hati ini.....dan pada siapa harus kuserahkan hati ini dengan seadanya, dan kemana harus aku lalui untuk memperolehi sesuatu yang terindah sepertimana insan-insan lain perolehi....Apakah aku mampu untuk menggapai apa yang aku inginkan....? Dan apakah aku mampun untuk menyatukan dua hati supaya menjadi 1, dan apakah aku mampu untuk menyerahkan isi hati ini buat seorang insan yang aku cintai dan yang bakal aku kasihi buat selamanya?.......Persoalan yang sentiasa bermain dibenak fikiran aku ini... entah apa yang harus aku fikirkan sama ada aku harus terukan kehidupan aku ini atau sebaliknya,tanpa berkata apa haruskan aku mengundurkan diri untuk selama-lamanya...~~

Sunday, March 21, 2010

~~ Pesanan buat sahabatku ~~


Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan, dan satu kesempatan, untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan, moga ianya sentiasa dalam reda tuhan, Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab ianya hanya sementara, jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat memusnahkan, Tertariklah kepada seseorang, yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang mampu, membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah, Semoga kamu menemukan orang seperti itu, Semoga kamu mendapatkan, kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, ujian yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia, yang punya rasa simpati, pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat dalam menempuh kehidupan,
Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan, tetapi acapkali kita terpaku, pada pintu yang tertutup, sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan, Sahabat terbaik adalah dia, yang dapat bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya, dengan perasaan telah berbicara lama dengannya. kerana dia membuatmu bahagia, Sungguh benar bahawa, kita tidak tahu apa yang kita miliki, sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa, kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki, sampai kita mendapatkannya, Orang-orang yang paling berbahagia, tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik, dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya, Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu, beberapa orang yang salah, sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti, bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu, Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba, Kerana hanya mereka itulah yang menghargai, pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka Masa depan yang cerah, sentiasa ada, jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu, jangan pernah mengucapkan selamat tinggal, jika kamu masih mahu mencuba, dengan kesungguhan, jangan pernah menyerah, jika kamu masih merasa sanggup, Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum, jalanilah hidupmu dengan bahagia, sehingga pada waktu kamu mati, detik itu, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

~~Suatu Hari ~~


satu hari itu
kita sayang dia setulus hati
apa dia request
seboleh-boleh kita nak bagi
dia kat bulan pun kita rase nak pegi
satu hari itu
dia kasik tau dia pon sayang kita jugak
kita rase hari2 dilalui sungguh bahagia
penuh gurau tawa dan gelak
satu hari tu
kita tiba-tiba sedih
walau senyum walau ketawa pun hati tetap pedih
bila kita dapat tau dia sebenarnya ada kekasih
kenapa satu hari ini dan satu hari yg esoknya mesti lain?
dan satu hari tu, dia pun explain
satu hari ini hati kita kata "aku sukakannya"
satu hari itu hati kita kata "aku cinta dan sayang padanya"
satu hari nanti hati kita kata "aku ingin hidup bersamanya"
tapi sebenarnya kita semua sedar tak semua impian jadik nyata
satu hari ini panjatkan la syukur
kita masih bersama org2 yg kita sayang
sebab satu hari nanti
kita mungkin tidak dapat bersama2 dgn nya lagi

!! CiNtA !!


Cintaku,
Maafkan aku,
Aku terpaksa melepaskanmu,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu..
Cintaku,
Maafkan aku,
Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Tapi seribu kali sayang,
Impian hanyalah impian,
Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit,
Aku beralah,
Kerana aku tahu,
Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu,
Lebih dariku..
Cintaku,
Maafkan aku,
Kerana pernah menyukaimu,
Kerana pernah menyayangimu,
Kerana pernah merinduimu,
Kerana pernah mencintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Ku biarkan ia berlalu,
Bersama-sama titisan air hujan,
Yang turun membasahi bumi,
Seperti mana membasahi jua hatiku ini..
Cintaku,
Maafkan aku,
Ku harap,
Engkau berbahagia,
Bersama si dia yang tercipta untukmu..
Biarlah aku di sini,
Terus menanti,
Dan terus mencari,
Andai ada jodohku,
Ada lah si dia untukku,
Semoga Allah perkenankan doaku ini..
Amin..
Maafkan aku,cintaku..

Sunday, March 7, 2010

Riena Sayang~~~ Apakah kehidupan kita ini sememangnya senang? Atau adakah kehidupan kita ini terlalu sukar utk dipersoalkan....


~~Entah apa yang harus aku lakukan bila aku terfikir akan soal kehidupan adakalanya aku merasakan terlalu sukar untuk aku meneruskan kehidupan ini ealah banyak sanggat dugaan yang melanda itu tidak lagi masaalah yang lainnya........Apa yang memeningkan hidup aku adalah tentang percintaan yang tak ada kesudahannya entah kenapa selalu sahaja aku diperlakukan sebergini rupa.......Hem apakah perhubungan jarak jauh itu ada kebaikan atau ia hanya pemusnah jiwa kita....entah kenapa harus aku fikirkan hal semua nih sedangkan banyak lh yg patut aku fikirkan....mana dengan hal kerja lagi, dan hal cinta aku yang tak habis-habis memeningkan kepala aku...ada kadang kala aku terfikir lebih baik aku tiada dlm dunia ini dari aku terus dibelenggu oleh pelbagai-bagai masaalah yang mendatang tapi aku tidak pernah nak mengalah aku akan pastikan apa yang aku hajatkan akan tercapai dan aku jugak mampu untuk hidup bahagia dan gembira.....jiwa aku memberontak dan keinginan aku terlalu tinggi akan tetapi tiada siapa yang mampu untuk memahami isi hati aku .....Aku bagaikan terapong-apong diruangan udara yang kosong dan tiada apa-apa yang dapat aku sentuh dan belai,Kehidupan ini terlalu sukar untuk di persoalkan apa lagi bila sahabat handal mula bertanyakan apa yang telah aku perolehi dalam kehidupan aku yang sememangnya kosong nih.......haaaaaa rasa macam nak menjerit nak aku menangis itu bukan sikap aku yang sebenarnya dan nak aku lari dari masaalah aku bagaikan seorang insan yang penakut untuk meghadapi semua ini.....tapi apa yang harus aku buat....pada siapa harus aku menagih kasih sayang dan pada siapa harus aku menyatakan keiginan dihati dan pada siapa harus aku merayu untuk memperolehi secebis kasih sayang dan kemana harus aku pergi untuk menenagkan hati dan sanubari ini...walau pun kehidupan aku mewah tapi kemewahan itu tidak dapat membahagiakan aku dan kehidupan aku tidak lagi riang sepertimana pernah aku rasainya lama dulu.Kemanakah hilangnya kebahagian aku .. kemana hilangnya kehidupan aku yang dulu kemana harus aku mencari untuk mendapatkannye kembali.....~~

Saturday, March 6, 2010

!! KeNaPa !!


........Kenapa bergitu berat dugaan yang harus daku tempuhi....Diriku bagaikan terapung diawangan....entah kenapa dan mengapa ini semua terjadi pada diriku yang lemah lagi hina ini.....Dengan kedatangan diri mu diri ini terasa gembira yang teramat sangat akan tetapi diri mu seolah-olah telah berubah sepenuhnya tidak tahu kenapa dan kini diri mu mula menjauhkan diri dari diri ini....Entah apa yang tidak kena dengan perhubungan yang kita bina ini...wlaupun sementara perhubungan ini namun daku inginkan berterima kasih buat diri mu kerana memahami akan diri ini......dan kehadiran mu tuk seketika cukup bermakna buat diri ini terima kasih cinta....terima kasih yang teramat dengan ini daku mengharapkan semoga dirimu akan berjumpa dengan insan yang lebih baik dan lebih memahami akan diri mu.....tapi kini aku gembira kerana tidak lagi perlu memikirkan hal-hal yang tidak sepatutnya daku fikirkan.....apa yang penting sekarang ini adalah kesihatan daku dan akan daku cuba untuk terus kekalkan kesihatan yang tak berapa baik ini.....dengan mendekatkan diri daku dengan yang Esa....daku terasa tenang dan daku kini tidak lagi memikirkan akan kematian yang semakin tiba dan kini daku gembira dengan kehidupan yang daku jalani walau pun dugaan dan tampatan itu terlalu berat untuk daku pikul ....daku tetap akan cuba untuk melakukan yang terbaik.....