Saturday, August 29, 2009

kedatangan ramadhan yg penuh makna


Kedatangan bulan ramadan Al-mubarak.....mengubah corak kehidupanku disini ini kerana daku dapat merasakan bahawa hati ku ini terasakan bagai ada sesuatu yang datang dan ia bagaikan penarik hati ini untuk bercinta lagi.........haruskah aku menolaknya dan haruskan aku menerima ia dan meneruskan kedatangannye........Bukan diri ini nak mengetepikan perasaan cinta terhadap seorang insan yang bernama lelaki namu kelukaan hati ku ini bagaikan tidak dapat daku lupakan dengan senang.........Tapi orang ade insan yang mengatakan bahawa kenangan lama adalah kenangan yang paling indah dan semampu mungkin kita inginkan yang lebih baik dari apa yang telah kita perolehi dari awalnya. Dan itulah yang daku inginkan......Daku inginkan yang lebih baik dari apa yang daku perolehi dulunye....Percintaan itu adelah sesuatu yang amat memeritkan dan adakalanya ia bagaikan sesuatu yang amat indah untuk kita merasainya.........Dan bergitu jugak dengan kedatangan bulan ramadan ini daku dipertemukan lagi dengan cinta yang agak jauh n kedatangannya tanpa ku pinta.....apakah hubungan ini akan ada penghujungnya dan apakah kali ini daku mampu untuk mengakhiri zaman bujangku dengan insan baru? Apa haruskan daku mengharap akan pada sesuatu yang daku sendiri tidak berapa pasti? Apakah daku akan terluka lagi seperti mana pernah daku alami dulu? Banyak persoalan yang tiada jawapan dan banyak perwatakan yang harus daku mainkan dan banyak perwatakan yang menjadi permainan dalam setiap babak-babak cinta yang bakal terjalin........dan apakah daku mampu untuk memperkukuhkan setiap dari perwatakan itu atau haruskah daku membiarkannya bergitu sahaja tanpa mengenal pasti siapa disebalik watak tersebut....Hati ku semakin kencang dengan kedatangan watak baru dalam hidupku ini apakah dia adalah insan yang dapat memberikan daku kasih sayang yang daku perlukan selama ini?...

Wednesday, August 5, 2009

harga sekeping hati~


kalau la dapat diletak harga,
rasanya nak aje aku berikan hati ini secara percuma,
kepada mereka yang sudi menerima dan memahami~

kalau la dapat diletakkan harga,
rasanya nak aje aku letak harga yang rendah,
agar hati ini dapat dimiliki semua lelaki~

kalau la dapat diletakkan harga,
rasanya nak aje aku letak harga yang tinggi,
tapi hati ini dah x berupa, bertampal sini sana,
tercarik kanan kiri, kalau letak harga tinggi sapa yang nak beli..?

finally aku buat keputusan,
untuk simpan hati ini.. sendiri~
kerna ku tahu, wang dan harta bukan harga sekeping hati,
hanya mereka yang tahu menilainya, yang layak memiliki~!